About Me

My photo
Known as Amni or Meni by almost everyone. One hot-tempered girl but never stop trying to gain mardhotillah. Have a complicated relationship with MBBS. God's willing, soon to be a cardiothoracic surgeon!

Thursday, January 15, 2015

Sel.

manusia ni macam sel.
komuniti pula macam satu organ.
negara pula macam satu badan.

contohnya pada perut,
kita ada sel utama yang merembeskan pepsinogen
sel mukus merembeskan mukus 
sel parietal merembeskan asid hidroklorik 
dsb

manusia juga begitu.
A mungkin petah dalam berbicara
B pula mungkin pandai mengajar 
C pula mungkin lebih hebat dalam penulisan

jadi rasanya tak perlulah untuk kita terlalu cemburu dengan kelebihan orang lain 
kerana setiap orang tu ada kelebihannya masing-masing
tapi dengan perbezaan yang dikurniakanNya itu
kita menjadi satu komuniti yang harmoni inshaAllah

itu sahaja buat masa ini yang boleh aku karang.

cuti semester3 dah bermula.
moga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya 
mohon tembakan doa.

assalamualaikum.



credit: housemates

No comments: