About Me

My photo
Known as Amni or Meni by almost everyone. One hot-tempered girl but never stop trying to gain mardhotillah. Have a complicated relationship with MBBS. God's willing, soon to be a cardiothoracic surgeon!

Wednesday, June 11, 2014

Kerana semua ada hikmahnya

Aku masih pening memikirkan cara terbaik untuk study subjek membunuh itu
Yakni anatomi fisiologi dan biokimia

Kenapa aku masih merasakan bahawa aku tidak tahu cara untuk memahami topik yang aku pelajari 
Dan kadang kadang aku rasa, apa yang aku belajar ni tak make sense pun.
Make sense = masuk akal

Dikala yang lain sibuk memerah otak memahami topik-topik tersebut
Aku pula sibuk ber2048 
Bermovie marathon

Kufur nikmatkah aku ini?
Masa yang ada, aku biarkan berlalu begitu sahaja
Tanpa risau akan masa depan aku yang mungkin akan menyesali waktu yang terbang itu
Tanpa menghayati ayat-ayat Allah dalam suratul asr.

Tidak pula aku isi dengan mengulang surah hafazan 
Tak juga aku isi dengan zikrullah
Kenapa?



Bangunlah amni. Bangunlah.
Berusahalah seperti kau tak kenal erti tawakkal
Usahalah seperti kau akan mati esok
Usahalah 

Janganlah mengeluh lagi kenapa dirimu memilih jurusan kedoktoran ini
Tapi hitunglah kelebihannya
Lihatlah pada sudut pandang yang positif
Kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya

Yakinlah
Allah sudah menetapkan segalanya yang terbaik untuk diri ini.

Moga peperiksaan akhir semester ini berjalan dengan lancar dan disudahi dengan keputusan yang cemerlang. 
Semoga berjaya buat amni dan sahabat. 
Allah bersama kita. 

Assalamualaikum.

No comments: